Thursday, May 7, 2009

Gambar Insiden DUN Perak 7 May 09





































Sidang DUN Perak pada 7 May 09


Rentetan Sidang DUN Perak pada May 7, 09 8:31am

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati secara rasmi pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.
Berikut perkembangan terkini di Perak:
4.55pm
Ahli parlimen PAS Salahuddin Ayub memberitahu Malaysiakini, semua wakil rakyat - termasuk beliau sendiri - yang ditahan pagi ini di balai polis Sungai Senam telah dibebaskan jam
4.30 petang.
Beberapa puluh orang yang turut ditahan kebanyakannya sudah dibebaskan.Bagaimanapun ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin pula - antara yang awal ditahan pagi tadi - berkata, semua wakil rakyat dibebaskan kecuali D Jeyakumar, ahli parlimen Sungai Siput.Pengarah strategi parti itu Tian Chua yang ditahan sebentar tadi baru dibawa masuk jam 4.30 petang di balai tersebut, kata ketua Wanita PKR.
4.12pm
Speaker asal V Sivakumar tiba-tiba masuk semula ke dewan DUN. Sidang akhbar akan diadakan di dalam dewan tersebut sebentar lagi.
4.05pm
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat meninggalkan dewan.Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir mencadangkan persidangan itu ditangguhkan dengan disambut jeritan wakil-wakil Pakatan Rakyat "bubarkan DUN".Speaker baru R Ganesan menangguhkan persidangan DUN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
4.05pm
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah magistret menolak permohonan reman pihak polis.Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya Normah Alwi dan seorang anak mereka di situ.4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.
3.47pm
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.
3.15pm
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.
3.13pm
V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.
3.12pm
Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya.
3.10pm
R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
3pm
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sedang ditahan polis di balai polis Sungai Senam di Ipoh, memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa beliau tidak pasti bila akan dibebaskan.Beberapa lagi ahli parlimen - Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parti Buntar) - juga sudah memberikan keterangan kepada polis.Katanya, kira-kira 40 lagi turut ditahan pagi ini berdekatan bangunan DUN Perak yang menyaksikan persidangan genting bagi Pakatan Rakyat dan BN.Difahamkan polis 13 orang orang setakat ini, tetapi jumlah mereka yang ditahan tidak dapat diperolehi. Usaha menghubungi polis gagal.Seorang tokoh DAP Lim Kit Siang berkata 64 orang ditahan.
2.55pm
Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.
2.41pm
Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.
2.35pm
Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat. Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.
2.15pm
Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja. Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.
1.10pm
Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.
12.55pm
Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi. Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.
12.45pm
Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.
12.37pm
Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan. Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.
12.15pm
Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan. Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar. Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.
11.59am
Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak. Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.
11.22am
V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi. Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.
Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.
11.13am
Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.
11.01am
Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.
Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.Dengan cepat Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."
Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.
10.35am
Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas.
Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.
Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.Suasana tegang berlanjutan.
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.
10.20am
Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit.
Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.
10.19am
Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.
9.55am
Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.
Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.
Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.
9.45am
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
9.30am
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.
9.24am
Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.
9.23am
Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.
9.00am
Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
8.50am
Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
8.40am
Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."
8.35am
Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.
8.30am
Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
7.55am
Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. 7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.

Wednesday, May 6, 2009

Pandangan Lanskap Politik Nasional.

LANGSKAP POLITIK NEGARA.
Perjuangan orang melayu dalam Politik adalah untuk membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.Oleh itu mereka perlu membetulkan nawaitu atau niat yang Ikhlas dan Jujur, semua ini adalah satu Ibadah,pengorbanan dan perjuangan.Bagi mereka yang telah dipilih dalam PRU12 dan malah yang dilantik dalam Kabinet Datuk Seri Najib,perlu mengambil peluang ini untuk melakukan yang terbaik untuk bangsa Melayu dan umat Islam dalam kontek Negara dan seluruh rakyat Malaysia.
Keadaan Politik sekarang berkaitan soal Survival,ianya merupakan cabaran pada semua pemimpin Melayu untuk melakukan yang terbaik ie "Outstanding" . Isu disini ialah soal survival orang Melayu melalui UMNO. Soal survival UMNO yang diharapkan oleh orang Melayu.Ini adalah soal memulihkan kepercayaan orang Melayu terhadap UNMO dan seluruh rakyat terhadap BN.UMNO perlu melakukan tranformasi, saperti yang disarankan oleh Presiden UMNO untuk merombak dan menyusun semula parti dangan meminda Perlembagaan dan menhapuskan sistem kuota. BN pula perlu menperkukuhkan parti-parti komponen.Isunya ialah bagaimana hendak menyakinkan orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO,dan memulihkan semangat ahli-ahli parti.
Tan Sri Muhyiddin menyarankan untuk semua kembali ke sekolah Politik.Dimana semua peringkat kepimpinan harus faham dan mesti jelas visi kehadapan dan tahu apa masaalah parti. Semua orang UMNO mesti keluar dari sindrom penafian,dimana meletakkan mindset orang UMNO bahawa mereka misti berubah.Timbalan Presiden UMNO melihat perubahan landskap politik amat serius,dimana masyarakat melayu telah berbelah bahagi dan sokongan masyarakat bukan melayu sudah terhakis dalam menyokong BN.Barisan kabinet perlu menyakinkan rakyat dalam masa 2 tahun ini.
Selepas PRU 11, walaupun menang besar, rakyat melihat Kerajaan tidak dapat memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat.Mungkin ada yang tidak terurus dengan baik atau tidak bertindak secara hands on. Ketara sekali ialah perubahan mindset masyrakat,terutama generasi muda. Tindakan perlu diambil untuk meningkatkan keyakinan generasi muda,supaya mereka merasa secocok dengan aspirasi mereka.
Perdana Menteri menegaskan sikap Kerajaan lebih mengetahui sudah berlalu,pengetahuan dan kepakaran masyarakat am perlu diambil beratKONSEP SATU MALAYSIA.Menunjukkan kita harus berperasaan Malaysia dan rasa tanggungjawab yang sama memajukan Negara dan mempunyai cita-cita,wawasan dan visi yang sama untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju.Rakyat didahulukan danPencapaian diutamakan. Ianya berpaksikan Perpaduan dan Integrasi.Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau kaum yang terpinggir diNegara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar afirmatif. Kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum.Isu perkauman yang dimainkan oleh pembangkang, walaupun telah dipersetujui bersama seperti terkandung dalam dasar afirmatif.
Sejarah pembentukan negara tidak boleh diubah, ianya perlu diterima oleh kaum Cina dan India. Perlembagaan Negara perlu dijungjung dan ditaati, selaras dengan prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan.Isu peluang pengagihan,nikmat pembangunan bukan dikatakan samarata tetapi mesti buat secara kesaksamaan, yang mana perlu dibantu, harus dibantu supaya semua orang boleh menikmati kemajuan dalam kontek yang saksama dan paling adil. UMNO tidak lari dari memperjuangkan kepentingan orang melayu, kita juga perlu membantu bangsa-bangsa lain dalam Negara kita yang ada hak dan kedudukan.
Presiden Parti menunjukkan bahawa kita berlapang dada dan bersikap terbuka tetapi tidaklah kita mengorbankan kepentingan asas kita.PILIHANRAYA KECIL:Masyarakat Cina dipengaruhi oleh sentimen simpati kepada Datuk Seri Mohamad Nizar, kononnya dijatuhkan ie Kerajaan Cina dijatuhkan,dan dasar pemilikan tanah 99 tahun amat menguntungkan. Peruntukan yang diberi semasa pilihanraya kecil di Bukit Gantang tidak dapat mengubah pemikiran orang Cina.
The Chinese party's information chief, Lee Wei Kiat, said Monday his party "takes exception to (Muhyiddin's) remarks.""Non-Malays do not like to be treated as beggars," Lee said.Members of the Malaysian Indian Congress, the country's main ethnic Indian party, were disappointed after Najib appointed only one official from their party to his Cabinet last week and gave him what some consider the minor portfolio of human resources.Adakah mereka merasa mereka menjadi Kuasa Penentu?
Kerana orang Melayu telah berpecah kepada tiga kumpulan, dan mereka bersatu. Malah masyarakat India pun rasa begitu. Apatah lagi dalam Kerajaan Negeri yang ditubuhkan melalui Pakatan Rakyat mereka dapat Jawatan penting seperti Speaker, Timbalan Ketua Menteri, Exco.Dari prestasi hambar pada pilihanraya kecil diBukit Gantang dan Selambau,MCA, GERAKAN dan MIC tidak berhak untuk membuat pelbagai tuntutan.Faktor ini perlu dilihat dengan terbuka, adakah muslihat bukan melayu untuk mempermainkan BN semasa UMNO lemah diatas pepecahan Melayu yang dimainkan oleh mereka.Dimana mereka(Cina dan India) sanggup memakai baju dgn logo PAS dan mengibarkan bendera PAS, bagi menjayakan agenda DAP dan PKR untuk memecahkan Melayu dan Mereka menentukan kemenangan pilihanraya walaupun kawasan itu majoriti melayu.Walaupun mereka menolak PAS,mereka menyokong PAS semata-mata bagi mempastikan mereka berjaya pada PRU 13. Siapa yang tertipu nanti!!!
Faktor perpecahan orang melayu ialah UMNO tidak memahami citarasa orang melayu, dan perbuatan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim,gagasan baru yang berjuang atas dasar keadilan dan kesamarataan yang memperdaya golongan melayu.Adakah faktor ini menguntungkan Melayu? Atau orang bukan Melayu akan rugi? Orang Bukan Melayu tidak akan rugi kerana kerana mereka sudah maju,berjaya menguasai bidang Ilmu dan Ekonomi dan sebagainya. Adakah Orang Melayu akan terjamin dalam situasi begini?
Kuasa politik UMNO tergugat, UMNO sebagai Teras dilihat sebagai Adil,Saksama dan Membantu semua Kaum.Untuk orang Melayu bersatu UMNO misti releven, memahami citarasa rakyat, UMNO yang Adil dan UMNO bersedia untuk melihat dengan lebih saksama.Orang Melayu, sebagai seorang muslim ingin melihat asas-asas sosial seperti Security(Keselamata n),Freedom (Kebebasan), Order(Peraturan) ,Justice( Keadilan) dan Welfare (kebajikan) ini ditegakkan atas prinsip yang syumul lagi mendapat keberkatan. Islam yang adil itu menjamin asas-asas ini sekalipun untuk mereka yang bukan Islam.
Tulisan sumbangan: Sahabat Keris Malaysia.

Sunday, April 26, 2009

Pilihanraya kampus panas

Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama. Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa? Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini. Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri. Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.